Monday, January 10, 2011

Yang Hangat Itu Semalam..

 Suatu hari yang malas dan menjengkelkan, aku terbangun dari tidur setelah berkali-kali bunyi jam di telefon bimbitku aku tunda-tundakan kan.. aku memandang sekeliling..katil yang sama..almari yang sama.. urgghh..silaunya matahari menembusi ruang bilikku..aku memandang waktu di terpampang di skrin telefon bimbit… “patutlah panas..dah pukul 2.30 pun..”,aku berkata dalam hatiku sambil menenyeh2 mata..Boringnya hidup aku, hari demi hari.. minggu berganti minggu.. Waktu2 begini baru aku bangun. Itupun dah kira paling awal. Mana tak nya aku bekerja di waktu malam, berniaga di Medan Selera Melaka Sentral. Penat dan lesu aku rasa setiap kali bangun dari tidur yang seakan tiada hari esok..

Lapar pulak ni.. Aku dengan malas mengagahkan diriku..bangun..melangkah dengan goyang dan masih menggosok mata..bilikku yang terletak 5cm dari dapur memudahkan lagi perjalanan aku yang malas ini..Ermm.. apa mak masak ni.. Aku membuka periuk.. Aaaa?? Apa ni??Ikan goreng- - - - - Ikan goreng je ke? Mana sayur? Telur ke? Sambal takde? Hish..camana nak makan ni..lauk tak sedap ni.. -Kecewa- Aku berlalu ke bilik air untuk membasuh mukaku yang kusam namun comel ni.

Selesai..Aku kembali melangkah ke ruang dapur..pintu dapur aku buka sedikit demi sedikit..konon agar cahaya matahari dapat menerangi dapur yang agak gelap itu. Panasnya rumah ni..Aku kurang selesa dengan keadaan rumah teres yang agak sempit itu, malah dapurnya juga kurang pencahayaan. Hah..barulah terang.. Mataku ligat memerhati keadaan di luar belakang rumah setelah daun pintu kubuka.. Deretan rumah kedai disitu yang agak baru dibina sangat menyempitkan pemandangan lantas menutup pandanganku terhadap jalan raya yang ada..

Bosannya kat sini..aku memandang kanan. Ada kucing sedang bermain2 dan ada beberapa ekor ayam adikku di situ. Ayam pun nak bela kt rumah taman ni, huhh..Mataku beralih ke bahagian kiri pula... … … eik??? Mataku bagaikan tertangkap dan terlekat kuat pada suatu objek berupa orang..aku memerhatikan lagi. Memang orang!!! Aku menyembunyikan sedikit wajah cantikku di sebalik daun pintu yang kubuka sedikit itu. Siapa tu? Seorang lelaki yang memakai t-shirt putih yang aku fikir besar kemungkinan t-shirt pagoda dan seluar jeans biru yang agak lusuh sedang tekun memegang berus cat dan mengecat di grill pintu.. aku segera menutup daun pintu perlahan-lahan..Tiba-tiba perasaan malu menguasai aku. Mungkin kerana aku belum mandi.. em...betul tu.

Aku menyambung kembali dengan membuka bilah tingkap kaca dapur perlahan-lahan dan berkeyakinan .. haha.. mesti dia tak nampak. Aku berjaya menampakkan hanya mataku di sebalik bilah-bilah kaca tingkap itu. Dia masih setia dengan berus cat di tangannya. Dia dan berusnya.. nampak serius mengecat disana sini dengan warna merah balai bomba..

Tekunnya dia..sampai tak nampak aku yang agak jelita ni..huhu..Aku tersengih sendirian. Hidung kecil dan mancung, mata kecil..Handsome gak, ..kedai dia ke, baru nak buka agaknya, erm tapi kedai apa tu.. Segala persoalan bermain di mindaku yang bagai dirangsang ni..tapi semuanya tak terjawab.. Em,,sape dia.. terdetik pula dihati aku mungkin dia suami orang..tak pun paling kurang dia ni mesti dah ada awek ni..mesti..confirm. aku meyakinkan diri aku sendiri tanpa usul periksa. Tapi.....kalau la jadi boifren aku ni..huuuu..sukanya ati akuu.. anak sape la ni kan.haha..


Sekali tidak bermakna berakhir disitu sahaja.. bahkan hampir setiap hari aku memerhatikan dia.. lelaki yang mengecat pintu grill yang tak sudah-sudah itu. Warna merah. Aku sangat suka akan dia. Tapi entah kenapa aku sangat malu yang sangat menebal padanya.. Adakah dia menyedari wujudnya aku ini..Mungkin tak..Aku hanya memerhatikan dia dari jauh..Wajah..Senyuman dia..Aku suka dia. Hati aku berbunga-bunga sendirian.. Pernah aku sengaja lalu perlahan di hadapan kedainya.. Semata2 untuk melihat dia. Tapi bila berada betul-betul di hadapan kedai dan aku melihat kelibat dia aku jadi tak mampu memandang, mataku tertumpu ke hadapan, tidak kiri, atau kanan dan tanganku memegang kuat steering serta kakiku pantas menekan pedal minyak kereta Satria 1.3 manual berwarna merah itu sekuat hati. Aku berjaya lari. Fuh. Malunya. Apalah aku buat ni. Entah dia perasan tak tadi.

Hari berganti hari..Masa silih berganti. Aku masih belum mengenali dia. Yang aku tahu adalah dia seorang pelukis airbrush.. Itupun aku dapat tahu dari adikku yang malang yang aku upah untuk menyiasat siapa dia. Dan macam biasa aku masih menjauhkan diriku dari dikenali dia.. Bukan sengaja tapi aku tak mampu.. Aku sangat sukakan dia..

“ Sebelum...engkau kemari
Tiada resah Tiada khuatir
Menjelang kemesraanmu
Yang dirindu..hanyalah syahdu”

Aku masih belum mengenali siapa dia..

2 minggu

3 minggu


Siapa nama dia??.....


1 bulan

2 bulan

3 bulan

Satu masa aku mendapat tahu.. yang dia sudah berpindah.. Tiada lagi dia disini. KECEWA. Sangat kecewa. Sedih juga.. Bagaimana cara untukku menemui dia lagi. Tapi aku telah menganggap mungkin tiada takdir ku untuk mengenali dia dalam hidupku. Aku sapu juga airmata perpisahan. Bye-bye cinta.

4 bulan

5 bulan

Setahun…

Setahun lebih………

Aku sudah lupa.. Aku telah pergi jauh.. Tinggal jauh dari keluarga… Agak lama juga. Namun keluarga tetap aku rindui. Aku tak lagi bekerja di kedai makan. Tidak lagi bekerja malam. Perjalanan hidupku berjalan seperti biasa.




Sampai masa aku kembali , dan aku masih memandang kedai di belakang rumah aku itu.. Terdetik juga di hati aku, di manakah dia sekarang?? Apa yang dia sedang buat.. dan sama sekali tak mungkin dia sedang mengingati aku sekarang. Aku sukakan dia. Rindu juga.erm.. Aku terus memandang kedai itu..


**********************************************


Aku memandang jam di tangan. Sudah pukul 6.45 petang. Waktu kerja ku pukul 6.00 sudah berlalu. Aku berdiri di kaki lima hadapan pejabat. Letih juga seharian bekerja. Mana ni? Bisik hatiku. Langsung tak nampak lagi. Aku membuat keputusan untuk duduk saja di kaki lima itu memandangkan tiada siapa pun di situ. Kawan-kawan sekerja ku juga sudah pulang semua.

Aku memuncungkan bibir tanda tak puas hati. Baru sahaja aku mencapai telefon bimbit Sony Ericsson di dalam beg tangan.. tiba-tiba sebuah kereta Satria 1.3 berwarna hitam, bernombor plat WDU 8409 laju lantas brek betul2 di hadapanku. Aku mengangkat muka.

“ Sorry yang..dah lama tunggu?..” seorang lelaki di dalamnya menyapaku. Aku tersenyum. Namun sengaja buat-buat marah. “Jangan la marah yang.. lelaki itu tersenyum manis.. Lelaki yang hidungnya kecil dan mancung ..mata kecil. Dia masih memakai t-shirt pagoda, dan agak comot sikit dgn cat di seluarnya.Aku tak mampu berpura-pura marah kerana wajahnya sering mebuatku rindu. Aku tersenyum lalu melangkah ke arah kereta satria hitam itu.. segalanya yang hangat aku rasakan bagai semalam..dan kini dia di sisiku..mencintaiku..Saiful.